Mengintai kejora dimalam hari
Hanya kelihatan menjelang pagi
Terimakasih sahabat kerana memahami
Segala kelemahan diriku ini
Anak haruan mati terperangkap
Jangan keli dikatakan sepat
Padamu sahabat daku berharap
Di sudut hatimu namaku terpahat
Yang merah itu dikatakan saga
Yang indah itu dikatakan bahasa
Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
Mampukah meruntun hingga ke Syurga?
Meleret senyum manis di bibirmu
Hilanglah duka terpancar rindu
Ku ukir namamu di dasar qalbu
Ukhwah fillah menjadi dambaku
Indah sungguh bunga di taman
Disusun orang buat jambangan
Ingin kuselam hatimu teman
Begitu sukarnya mencari jawapan
Merenung langit di kala senja
Mengharap fajar akan menjelma
Padamu Tuhan kupanjatkan doa
Persahabatan ini subur selamanya
Awak.. berani kerana benar, takut kerana salah, cinta tiada bezanya!!! betul ker??. Kehidupan ada kebenarankan? Awak berani ker luahkan kebenaran tentang isihati tu?? Mengapa perlu takut?
Hargailah kesempatan yang ada. Walaupun awak cukup faham, tapi kan kita terlalu memahami. Sehingga tak akan mampu awak menyatakan. Kita faham dan rela menyimpan segala ungkapan yang sungguh bermakna.
Masih dalam mimpi tahun demi tahun tertanya, terasa, menerima juga redha.
Kita menyimpan rasa getar dihati, menjadi mangsa kecewa sedalam perit meruntun jauh.
Awak.. kita tidak hidup selamanya murung kan. Ingin bangun, tapi masih lalai, dan pengorbanan tidak untuk direnungi. Kita mula letih ni..
kita takkan noktah di penghujung ini,,,
Awak... bicaralah,,,

No comments:
Post a Comment