sUE cHENTA,,?? ini bukanlah nama sebenar sy...Antara yang sy sering guna ialah Sue Chenta,Kiasan Chenta,Adah dan Sue Suffiyah...Saya memang suke nama-nama tu..Hobi saya menulis..apa saja yang terlintas dalam fikiran saya..Selalunya..entri yang saya postkan nie..berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan pada someone n teman-teman.. Saya dilahirkan dalam bulan Julai 1991..dan berbintang Cancer..Saya suke bergambar,berjalan-jalan..sendirian..Dengar muzik..n Berpuisi...Em..dah tak ade ape nk ditulis..itu saja dari Sue Chenta...Selamat membaca...!! Ceria2 selalu ye...;))
(Kalau ade yg tak bape suke blog sy..annoying ngan blog saya...x pe...saya x kesah pon..x marah...Korang nampak x button hujung yang mcm bentuk "X"..feel free to click it...ok??..;))

♥ Jika tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang. Jika tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji. Jika tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah memberi harapan. Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti. Terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan. Pesan pada diri, usah tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi, pada insan yang tidak mengerti. Sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Sekali kai dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati..;)

Saturday, September 17

Warning...Jangan Ambil Panadol Okay..!

UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www..omaQ. org

luv luv..;) moga awak cepat sembuh..


No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...