sUE cHENTA,,?? ini bukanlah nama sebenar sy...Antara yang sy sering guna ialah Sue Chenta,Kiasan Chenta,Adah dan Sue Suffiyah...Saya memang suke nama-nama tu..Hobi saya menulis..apa saja yang terlintas dalam fikiran saya..Selalunya..entri yang saya postkan nie..berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan pada someone n teman-teman.. Saya dilahirkan dalam bulan Julai 1991..dan berbintang Cancer..Saya suke bergambar,berjalan-jalan..sendirian..Dengar muzik..n Berpuisi...Em..dah tak ade ape nk ditulis..itu saja dari Sue Chenta...Selamat membaca...!! Ceria2 selalu ye...;))
(Kalau ade yg tak bape suke blog sy..annoying ngan blog saya...x pe...saya x kesah pon..x marah...Korang nampak x button hujung yang mcm bentuk "X"..feel free to click it...ok??..;))

♥ Jika tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang. Jika tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji. Jika tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah memberi harapan. Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti. Terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan. Pesan pada diri, usah tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi, pada insan yang tidak mengerti. Sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Sekali kai dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati..;)

Saturday, November 19

Pimpin Tanganku..=)

Waktu kecil, mak ayah kita pimpin tangan kita dengan penuh rasa cinta, bila mak ayah dah tua kita pimpinlah tangan mereka pula, dan kita azamlah untuk saling berpimpin tangan menuju ke syurga kelak. 

Waktu mula-mula nikah, kita berpimpin tangan penuh kasih sayang dengan suami/isteri kita, bila usia bahtera perkahwinan kita meningkat, teruslah berpimpin tangan penuh kemesraan, dan kita azamlah untuk berpimpin tangan menuju ke syurga kelak.

Waktu ukhwah mula bercambah, kita berpimpin tangan dengan sahabat kita, bila sesekali ukhwah kita diuji dek hambatan masa, teruslah berpimpinan tangan meleraikan sengketa yang terbuku di dada, dan kita azamlah untuk berpimpinan tangan menuju ke syurga kelak.

'Pimpin tanganku jangan hanya semalam cuma, pimpinlah aku hingga esok tiba. 
Pimpin tanganku jangan hanya di dunia cuma, pimpinlah aku hingga ke syurga kita tiba'

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...