sUE cHENTA,,?? ini bukanlah nama sebenar sy...Antara yang sy sering guna ialah Sue Chenta,Kiasan Chenta,Adah dan Sue Suffiyah...Saya memang suke nama-nama tu..Hobi saya menulis..apa saja yang terlintas dalam fikiran saya..Selalunya..entri yang saya postkan nie..berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan pada someone n teman-teman.. Saya dilahirkan dalam bulan Julai 1991..dan berbintang Cancer..Saya suke bergambar,berjalan-jalan..sendirian..Dengar muzik..n Berpuisi...Em..dah tak ade ape nk ditulis..itu saja dari Sue Chenta...Selamat membaca...!! Ceria2 selalu ye...;))
(Kalau ade yg tak bape suke blog sy..annoying ngan blog saya...x pe...saya x kesah pon..x marah...Korang nampak x button hujung yang mcm bentuk "X"..feel free to click it...ok??..;))

♥ Jika tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang. Jika tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji. Jika tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah memberi harapan. Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti. Terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan. Pesan pada diri, usah tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi, pada insan yang tidak mengerti. Sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Sekali kai dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati..;)

Wednesday, November 3

IkLan KoJap..MeLayan Citer Hantu...~~~~

KISAH SERAM KAKI PANCING... 


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. 



Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat 
Zohor. tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis. 



Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal 
ker,sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia 
nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk. 



Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. 



hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. 



Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..


(saje copy n paste citer nie..pas tensyen study..so...jgn study kalu anda stress,,,x kan masuk punye...heeeeeeee)




No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...